BAB 1
“Assalamualaikum
ibu, pagi.” Aku mencium ibu lalu menarik kerusi meja makan di sebelah ibuku. “Hah,
waalaikumussalam.Ya Allah ni Risy dah mandi ke belum ni? Bangun bangun terus je
melantak. Abang abang dah kejut ke belum tu?” Ibu memang pantang melihat anak
dara dia tak mandi atau basuh muka sebelum sarapan. Ibu terlalu asyik dengan
bebelannya. Aku pula rakus menikmati Nasi Lemak dan tidak mengendahkan bebelan
itu. Takde yang lebih sedap dari Nasi lemak ibu meskipun di dalam Malaysia
mahupun dunia ni! Bukan baru hari ini aku dengar ceramah 3 minit setiap pagi
ibu. Aku dah lali. Abah pula sedang sibuk membaca surat khabar di koridor luar
seperti biasa. Sudah 4 hari aku pulang dari Mesir untuk cuti semester. Ah! Bosan sungguh taktau nak buat apa
sepanjang 3 bulan ini. Risy, nama penuh aku ialah... Aish segan nak sebut,
hmm Ain Farisya. Kalau dilihat dari penampilan dan tingkah laku aku macam tak
sesuai je nama tu diberi. Sejak dari sekolah menengah lagi aku dah terbiasa
dengan panggilan tu. Hanipah pula ialah ibu kandungku. Jiran jiran tetangga
semua panggil ibu dengan gelaran Cik Pah atau ibu. Umurnya sudah pun menjangkau
setengah abad. Abahku bernama Abd Kadir dan berumur 3 tahun lebih tua dari ibu.
Beliau bekerja sebagai seorang pengarah seni disebuah syarikat di Bangsar Kuala
lumpur. Aku merupakan anak keempat daripada 5 orang adik beradik. Aku adalah
satu satunya anak perempuan daripada pasangan Abd Kadir dan Hanipah. Mungkin
sebab tu perangaiku seperti lelaki. Tetapi Alhamdulillah diriku masih
menunjukkan ciri ciri muslimah solehah yang diterapkan oleh ibuku sejak kecil.
Cuma perangaiku sahaja begitu. Abang abangku tu tak akan bangun kalau tak dibebel.
Adikku pula sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Hah, sudah lama tak jumpa dengan dia. Rasa rindu pulak. aku
bermonolog sendirian terkenangkan adikku yang seorang itu. Sedang asyik aku
menghirup teh tarik, aku terpandang jam dinding di ruang makan. “Ya Allah! baru
teringat hari ni janji ada reunion
dengan kawan kawan Maahad dulu” kelam kabut aku menghabiskan teh tarik
ditanganku ini. Lantas aku bergegas untuk menguruskan diri dan bersiap. Selepas
bersiap dengan pakaian ala ala ‘selamber’
aku tu terus aku mencapai Iphone 5 kesayanganku di atas katil. Tergopoh gopoh aku
mencari no sahabat rapat aku ketika di sekolah dulu. Sehingga hari ini aku
masih ‘keep in touch’ dengan dia. “Assalamualaikum, weh poyo kau dah siap
belum? Nak aku ambik kau dekat mana?” “Salam Risy. Kau ambik aku kat tempat
biasa kita lepak dulu, takkan dah lupa kot kan. Hahhahaa” “Okay set 10 minit
lagi aku sampai.” Aku mematikan telefonku dan berlari turun ke bawah. “Ibu,
oooh ibu” terjerit jerit aku memanggil ibuku. “ibu dekat luar” Abah
memberitahu. Aku tersenyum. Mendapat satu idea yang bernas. Bukan mudah untuk
aku keluar dengan kawan kawan. Kalau nak keluar jugak 1001 soalan diajukan
kepadaku. Dengan bakat membodekku sejak azali, aku memulakan taktik biasaku. “
Abaaaaaah….” Aku tersengih sengih seperti kerang busuk. “Boleh tak Risy nak
keluar dengan kawan kawan sekolah dulu? Harini kitorang ada reunion. Bolehlah
bah, lagipun bukan ada buat apa pun kat rumah ni. Hehehhe”. Abah hanya
mengangguk tanda setuju. Aik pelik pulak
abah harini, selalunya nak keluar bukan main liat nak bagi. Takpelah dah bagi
green light tu. “Jangan balik lewat sangat. Sebelum pergi bagitahu ibu
dulu.” Aku hanya menunjukkan tanda okey
kepada abah. Selepas memberitahu ibu tentang hajatku aku pun menghidupkan enjin
kereta Myvi milik abangku, Farris. Semestinya aku tidak meminta izin darinya.
Jika tidak pasti dia tidak membenarkan.
No comments:
Post a Comment